Wednesday, 27 November 2013

hari terakhir di bumi ALLAH...


Seandainya hari ini adalah hari terakhir saya dibumi Allah,saya nak mintak maaf dengan umi  saya,nenek yang menjaga saya sejak kecil lagi dan semua orang yang pernah mengenali diri saya,saya ingin peluk semua orang yang saya sayang dan ingin meminta maaf dengan mereka,saya nak sangat jumpa dengan kawan lama saya dan ingin meminta maaf pada mereka,saya pun teringin sangat nak jumpa adik angkat saya dulu dan berbual-bual dengan dia nak kongsi-kongsi masalah dengan dia,saya nak bagi semangat dekat dia agar belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu adalah penting untuk masa depan,saya juga nak duduk dengan umi saya nak luangkan masa dengan dia kerana saya dah tak ada masa lagi selepas ini untuk bersama dengannya.

Seandainya hari ini adalah hari terakhir saya dibumi,saya makan masakan umi saya sepuas-puasnya,saya nak suap dia makan saya nak dia juga rasa masakan dari air tangan saya supaya bila saya dah tiada nanti dia akan  mengigati saya buat selamanya,saya nak buat adik beradik saya gembira bersama dengan saya walaupun hari ini adalah yang terakhir kami bersama,saya nak masak kan mereka makanan pada hari itu supaya mereka merasa masakan terakhir saya untuk mereka.

Seterusnya,saya nak buat hari keluarga supaya saya dapat bergembira dan beramah-mesra dengan semua ahli keluarga saya,saya nak minta maaf dengan mereka semua,dan ini adalah kali terakhir saya  bersama-sama dalam keluarga besar kami,sekiranya ini adalah takdir saya terima saya tak nak tidur semasa hari terakhir saya kerana saya nak bersama-sama orang tersayang kerana jika saya meninggal saya akan tidur untuk selamanya .


Sekiranya hari ini adalah hari terakhir saya hidup,saya nak sedekahkan semua harta yang saya ada dari titik peluh saya sendiri,saya nak rasa kasih sayang seorang ayah kerana saya tak pernah rasa semua tu kerana sejak kecil lagi saya tinggal bersama nenek dan datuk saya,saya teringin juga mahu berumahtangga dan memiliki keluarga saya sendiri dan saya harap saya dapat merasa ada anak dan cara mendidik anak-anak saya,biarlah saya mendapat suami yang patuh kepada agama islam dan penyayang kerana saya tak nak anak-anak saya merasa macan mana sayarasa jka kurang kasih sayang dari seorang ayah.

Seterusnya,jika hari ini terakhir saya di dunia di Kelantan saya nak datang sabah nak jumpa semua kawan-kawan dari sekolah seni untuk kali terakhir,nak jumpa semua pensyarah saya,kalau boleh saya nak buat rakam memohon maaf dekat televisen agar semua orang tahu yang saya nak memohon maaf dar semua orang,saya seseorang yang tahu akaun facebook saya minta menutup saya punya laman ini kerana mungkin saya terpos benda-benda yang tidak baik dibaca,saya nak mereka yang kawan dengan saya supaya menghilangkan saya dari kawannya.

Seterusnya,saya ingin memberitahu kepada yang mengenali saya selepas saya tiada  di atas muka bumi tolong sedekahkan ayat suci Al-Quran untuk saya,berdoa untuk saya agar roh saya aman disana,saya nak berdoa dengan tuhan agar saya DIA ampunkan semua dosa saya,ibu bapa saya,keluarga saya,kaum muslimat dan muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.sebelum saya hembuskan nafas buat kali terakhir saya  nak umi saya yang ajarkan saya mengucap 2 kalimah syahadah sebelum nafas saya sudah tiada.

saya nak semua orang yang saya sayang datang melawat saya buat kali yang terakhir sebelum mayat saya dikebumikan,saya nak mereka yang datang mengucup saya sebelum saya dikafankan,saya juga nak umi saya yang mandikan saya.Sebelum itu juga saya nak bagitahu semua orang yang saya sayang kamu semua dan saya nak kamu ingat saya selalu,datang melawat saya di kubur nanti,saya juga nak ucapkan terima kasih umi kerana lahirkan saya dan terima kasih kerana dah jadi kawan saya,dan saya gembira dilahirkan di kalangan walaupun tak kaya harta tetapi kaya dengan kasih dan sayang,

wassalamm….

DOS~dialog orang seni 'haruskah seni'

>SPS Dialog Orang Seni ‘haruskah seni’ Merungkai 1001 Persoalan…

Kota kinabalu
Jumaat,22 November 2013-bertempat di Theaterette Ahmad Nisfu,Sekolah Pengajian Seni Ums Kampus Kota Kinabalu,telah berlangsungnya dialog orang seni atau DOS,DOA merupakan hasil usahasama pelajar tahun 2 jurusan penulisan dengan Kelab Sastera Mahasiswa Sekolah Pengajian Seni atau lebih dikenali dengan Kelab KARMA.

Antara ahli panel yang telah dijemput semasa majlis DOS ialah Tuan Haji Samin Bin Ongki dari YADIM dan Prof.Madya.Dr.Suwaid Tapah dari UITM,tidak lupa juga Moderator kita En.Sharifuddin Zainal salah seorang pensyarah dari Sekolah Pengajian Seni.         

Majlis DOS merupakan majlis ilmu yang berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang begitu hangat sekali dalam kalangan pelajar sekolah seni khususnya sampaikan kerusi yang disediakan tidak mencukupi,menyebabkan ahli panel memuji di atas sambutan yang diberikan dan mengucapkan taniah kepada yang terlibat menjayakan majlis ilmu tersebut.

Dalam majlis ini pelbagai persoalan diunsurkan dalam kalangan pelajar sekolah seni salah satunya adalah ‘adakah seni itu haram’bagi menjawab persoalan ini Tuan haji Samin menjelaskan manusia tidak boleh mengatakan ‘seni itu haram’kerana seni adalah kehidupan seharian sebagai contohnya di sini membaca ayat suci Al-Quran jika tidak ada seni maka pembacaannya tidak akan menepati cara ajaran islam.



Menurut pelajar seni,apakah hukuman orang yang mengatakan seni itu haram,Prof.Madya Dr.Suwaid Tapah membidas persoalan ini dengan menjawab apakah hak mereka untuk menghukum orang seni kerana hokum-hakam hanya hak Tuhan semata-mata bukannya hak manusia seperti mereka yang mengatakan seni itu haram.

Seterusnya,pelajar juga mempersoalkan jika dari sekolah seni bantuan zakat dari Sabah tidak boleh dipohon berikutan dia dari sekolah seni,salah seorang pekerja dari Bitulmal Sabah memberitahu pelajar berkenaan anda tidak boleh memohon bantuan tersebut kerana kamu dari sekolah seni kerana ‘seni itu haram’,jadi di sini siapakah dia untuk mengatakan sedemikian dan menghukum pelajar terbabit.

Seni tidak haram dan salah kecuali orang yang membuatkannya menjadi haram dan salah sebenarnya,dalam majlis DOS itu ditegaskan oleh ahli panel jemputan Tuan Haji Samin dan juga Prof.Madya Dr. Suwaid Tapah,seni telah lama hidup dalam diri manusia dan merupakan sebuah kehidupan seharian,hanya orang seni yang betul-betul memahami apakah itu seni walaupun ada sesetengah individu yang tidak mengerti apa itu seni membidas keras dengan menyatakan ‘seni itu haram’ ini akan menjatuhkan dirinya sendiri kelak berikutan kenyataan yang tidak masuk akal